FUNGSI
- Mengurus dan Menyelaras perkara-perkara berkaitan sistem fail dan persuratan, prasarana pejabat dan hal ehwal pentadbiran.
- Mengurus segala urusan perkhidmatan dan perjawatan bagi semua pegawai dan kakitangan BKj.
- Menyelaras dan mengurus rekod perkhidmatan anggota melalui sistem HRMIS seperti LNPT, cuti, laporan tahunan anggota, rekod peribadi, pengisytiharan harta.
- Mengurus dan menyediakan laporan kad perakam waktu bagi Pegawai dan kakitangan BKj.
- Mengurus dan mengendalikan stor, aset dan inventori pejabat dari aspek perolehan, pendaftaran, pemeriksaan, pelupusan dan hapus kira.
- Mengurus dan menyelaras hal-hal kewangan seperti pembayaran tuntutan, elaun-elaun, perolehan dan perkhidmatan yang dibeli.
- Mengurus dan memantau peruntukan belanja Mengurus dan Pembangunan BKj.
- Mengurus dan menyelenggara perihal kenderaan Jabatan.
- Mengurus Anggaran Belanjawan Mengurus (ABM) tahunan, dasar baru, one off dan penambahan perjawatan utk BKj.
- Mengendalikan baucer bayaran iGFmas untuk semua perolehan dan tuntutan yang dikendalikan oleh BKj.
- Bertanggungjawab mengendalikan kutipan hasil (iGFmas) seperti pendaftaran mel, akuan terimaan juruwang dan penyelia, serahan kutipan ke Unit Kewangan BKP,KKM.
- Bertanggungjawab atas aktiviti dan laporan (audit pentadbiran & kewangan, audit kewangan dan naziran kewangan).
- Mengendalikan Mesyuarat Ketua Unit dan semua jawatankuasa dalam Bahagian.