PENGENALAN
Unit ini adalah dibawah Cawangan Regulatori dan merupakan salah satu unit dibawah Sektor Pendaftaran dan Penguatkuasaan.
OBJEKTIF
- Memastikan hanya JTWA yang mempunyai kepakaran dan berjaya didalam pemilihan Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian kelulusan pengambilan perkhidmatan JTWA sahaja yang didaftarkan di dalam Lembaga Jururawat Malaysia.
- Memastikan hanya Jururawat Terlatih warganegara Malaysia yang mendapat latihan kejururawatan dari Institusi luar negara yang diiktiraf sahaja didaftarkan di dalam Lembaga Jururawat Malaysia.
FUNGSI UNIT
- Mengurus permohonan kelulusan kuota pengambilan, perlanjutan dan penambahan kuota pengambilan Jururawat Terlatih Warganegara Asing (JTWA).
- Mengurus permohonan pendaftaran sijil perakuan pengamalan sementara / Temporary Practising Certificate (TPC) bagi jururawat terlatih warganegara asing.
- Mengurus permohonan pembaharuan sijil perakuan pengamalan sementara / Temporary Practising Certificate (TPC) bagi jururawat terlatih warganegara asing.
- Menguruskan permohonan pendaftaran ke dalam Lembaga Jururawat Malaysia bagi jururawat terlatih warganegara Malaysia yang mendapat latihan kejururawatan di luar negara / Malaysian Trained Overseas (MTO).
- Mengurus permohonan Verification of Registration (VOR) dan Letter of Good Standing (LOGS) bagi jururawat terlatih warganegara asing.
- Menguruskan pendaftaran sijil perakuan pengamalan sementara / Temporary Practising Certificate (TPC) bagi jururawat terlatih warganegara asing yang memohon penempatan elektif di fasiliti kesihatan.dan latihan pengkhususan di IPTS tempatan.
- Merancang, menyelaras dan melaksanakan pelaksanaan persidangan kejururawatan peringkat antarabangsa di Malaysia dengan cekap dan efektif kepada pelanggan dalaman dan luaran.
- Menyelaras. mengurus dan mengkoordinasikan perhubungan professional di arena antarabangsa seperti AJCCN, WHO, APEDNN, Western Pacific Region dan South East Asian Region.
- Menyelaras, mengurus dan mengkoordinasikan lawatan delegasi luar negara ke Bahagian Kejururawatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.