PENGENALAN
Unit Penyelidikan dan Evidence Based Practice telah ditubuhkan pada tahun 2016. Unit ini telah dijenamakan kepada Unit Penyelidikan Kejururawatan dalam mesyuarat Pembentangan Carta Organisasi dan Carta Fungsi pada 16 November 2018 atas faktor fungsi dan tanggungjawab
OBJEKTIF
Objektif am
Objektif unit ini adalah untuk menambahbaik perkhidmatan kejururawatan melalui penggalakkan komitmen jururawat dalam bidang Penyelidikan dalam strategi ke arah pencegahan, perawatan dan pemulihan pesakit yang berkualiti tinggi.
2. Objektif Khusus
- Memastikan kualiti perkhidmatan kejururawatan diseluruh negara berada ditahap yang optima dan memenuhi ekspektasi pelanggan dengan menggunakan Evidence Based Practice.
- Mengekalkan dan meningkatkan kompetensi jururawat di bidang penyelidikan di hospital dan kesihatan awam
- Menyediakan khidmat rundingan latihan, kursus, konsultasi dan pengurusan am di Unit Penyelidikan.
- Meningkatkan professionalism dalam penyelidikan dengan keperluanperkhidmatan perubatan semasa.
FUNGSI
- Melaksanakan perancangan strategi penyelidikan kejururawatan dalam takwim tahunan.
- Membantu merancang dan melaksanakan kajian kejururawatan di peringkat Kementerian.
- Mengumpul, menyelaras dan memudahcara kajian Investigator Initiate Research (IIR) Kejururawatan di Fasiliti KKM.
- Membantu melaksana, mengkaji, menilai dan membentangkan hasil dari systematic review/rapid review berkenaan tajuk-tajuk yang relevan dengan amalan kejururawatan terkini.
- Melaksanakan perancangan dan memudahcara konferen dan seminar penyelidikan kejururawatan.
- Memantau, menyelaras perlaksanaan Kajian Quality Assurance Kejururawatan setiap dua tahun sekali.
- Melaksanakan perancangan dan membantu menyelaras mesyuarat dan latihan yang berkaitan dengan penyelidikan kejururawatan.
- Membantu mengumpul, merancang, menyelaras dan menyunting penerbitan Buletin Kejururawatan KKM.
- Berkolaborasi dengan agensi yang berkaitan dengan penyelidikan seperti National Institutes of Health (NIH), Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam aktiviti penyelidikan, latihan, pembentangan dan penerbitan hasil penyelidikan.