Pengenalan
Unit Pendaftaran memastikan semua Jururawat Berdaftar, Jururawat Masyarakat, Jururawat Kebidanan I, Kebidanan Bahagian III, Jururawat Kesihatan Awam dan Jururwat Kesihatan Jiwa yang telah lulus Peperiksaan Lembaga Jururawat Malaysia / Lembaga Bidan Malaysia/ Peperiksaan Akhir BPL, dari Kolej Kejururawatan KKM, IPTA,IPTS yang telah diiktiraf, di daftarkan dengan Lembaga Jururawat Malaysia dan Lembaga Bidan Malaysia mengikut Akta Jururawat 1950 dan Peraturan-Peraturan Jururawat 1985 serta Akta Bidan 1966 dan Peraturan-peraturan 1990.
Lembaga Jururawat Malaysia akan mengeluarkan Perakuan Pengamalan Jururawat, bagi membolehkan jururawat mempraktikkan amalan kejururawatan di Malaysia,
Objektif
- Memastikan semua Jururawat Berdaftar, Jururawat Masyarakat, Jururawat Kebidanan Bhg. I, Kebidanan Bhg. II, Jururawat Kesihatan Awam dan Jururawat Kesihatan Jiwa yang lulus Peperiksaan di daftarkan dengan Lembaga Jururawat Malaysia/Lembaga Bidan Malaysia.
- memastikan jururawat yang berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia (LJM) mengekalkan kopentensi bagi memperlehi perakuan pengamalan jururawat, untuk melayakkan mereka mempraktikkan amalan kejururawatan.
Fungsi
- Pendaftaran
Mendaftar semua Jururawat yang telah lulus peperiksaan Lembaga Jururawat Malaysia (LJM), Lembaga Bidan Malaysia (LBM) dan peperiksaan akhir BPL dari Kolej-Kolej Kementerian Kesihatan Malaysia, IPTS dan IPTA yang diiktiraf di Malaysia dan Jururawat warganegara Malaysia yang menjalani latihan di luar Negara.
- Perakuan Pengamalan Jururawat Tahunan (APC)
APCdikeluarkan kepada semua jururawat yang berdaftar dengan (LJM) yang menjalankan Amalan Kejururawatan di fasiliti kesihatan di Malaysia
- Pengekalan Nama
Prosedur bagi mengekalkan nama di dalam LJM bagi Jururawat yang tidak menjalankan amalan kejururawatan di Malaysia, melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi dan Jururawat yang bekerja di luar Negara.
- Pengesahan Pendaftaran
prosedur untuk memperakui dan penentusahkan Jururawat yang akan melanjutkan pelajaran di bidang kejururawatan di Institusi Pengajian Tinggi dan bagi Jururawat yang akan bekerja di luar negara untuk mereka berdaftar dengan Lembaga Jururawat negara tersebut.
- Pengesahan Transkrip Latihan
memperakui dan penentusahkan Transkrip Latihan bagi jururawat yang telah berdaftar dengan LJM atau LBM seperti termaktub didalam akta
- Letter of Good Standing
Untuk memperakui jururawat tersebut berdaftar dengan LJM/LBM dan mem perakuai pendaftaran tidak pernah dibatalkan sepanjang ia bertugas.
- Kelulusan Notis Niat bagi Bidan Bahagian I, II & III ( Hospital/Klinik Swasta)
Mengeluarkan kelulusan untuk menjalankan amalan kebidanan di Hospital /Klinik Swasta