PENGENALAN
Unit Pembangunan Profesion diwujudkan bertujuan untuk merancang, mengkoordinasi dan melaksanakan kursus serta latihan kepada jururawat yang berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Berperanan sebagai koordinator sistem MyCPD atas talian untuk Profesion Kejururawatan. Unit ini juga bertanggungjawab dalam pemberian mata kredit CPD kepada Universiti Awam (UA) atau Universiti Swasta (US) dan Fasiliti Penjagaan Kesihatan Swasta.
OBJEKTIF
- Memastikan setiap jururawat dalam perkhidmatan dilengkapi dengan kemahiran dan pengetahuan yang bersesuaian, melalui program pembangunan profesion yang terancang.
- Memastikan setiap practising nurse memenuhi keperluan 7 hari kursus setahun mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6/2005-Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam.
- Memproses permohonan CPD Fasiliti Penjagaan Kesihatan Swasta, IPTA dan IPTS mengikut garispanduan yang ditetapkan oleh Bahagian Kejururawatan, KKM
FUNGSI
- Menerima dan Memproses permohonan mata kredit CPD dari Provider / penganjur latihan untuk anggota jururawat swasta/UA /IPTS.
- Peranan sebagai Supervisor meluluskan mata kredit CPD bagi anggota jururawat swasta/UA/IPTS dalam system MyCPD.
- Menjalankan pemantauan keakuran keatas fasiliti yang memohon kelulusan mata kredit CPD.
- Merancang dan menyediakan anggaran perbelanjaan untuk program latihan / kursus kejururawatan di peringkat Kebangsaan dan semua anggota Bahagian Kejururawatan, KKM.
- Merancang keperluan latihan dalam perkhidmatan dan menyediakan takwim latihan anggota Bahagian Kejururawatan KKM.
- Menyelaras dan melaksana Program Latihan Dalam Perkhidmatan anjuran Bahagian Kejururawatan, KKM.
- Memantau pengumpulan mata kredit CPD tahunan melalui system MyCPD bagi anggota jururawat dan Buku Log bagi anggota pentadbiran di Bahagian Kejururawatan, KKM.
- Menjalankan Audit Verifikasi CPD Online untuk anggota kejururawatan Bahagian Kejururawatan KKM.