PENGENALAN
Credentialing & Privileging adalah pengiktirafan kepada jururawat dengan menilai kelayakan individu dalam pengkhususan tertentu berdasarkan keperluan latihan profesional dan pengalaman berdasarkan garispanduan yang telah ditetapkan.
OBJEKTIF
- Penganugerahan Sijil Pengiktirafan Klinikal (Credentialing) kepada Jururawat yang layak bagi prosedur dan praktis klinikal tertentu.
- Menyelaras dan mengkoordinasikan disiplin tertentu ke dalam program credentialing agar kecekapan klinikal anggota kejururawatan mencapai piawaian yang telah ditetapkan.
- Untuk melahirkan jururawat yang mahir dan kompeten dalam melaksanakan tugas bagi mengelakkan hasil (outcome) yang tidak diingini.
FUNGSI
- Merancang dan mengendalikan mesyuarat Sub-Speciality Committee (SSC) dan National Credentialing Committee (NCC).
- Menyelaras serta mengkoordinasikan aktiviti berkaitan program C&P di peringkat Sub-Speciality Committee (SSC) dan National Credentialing Committee (NCC).
- Mengendali dan memproses permohonan C&P bagi anggota kejururawatan KKM.
- Menyediakan dan mengedarkan Sijil Credentialing bagi semua kategori jururawat yang telah di luluskan dalam mesyuarat SSC dan NCC.
- Mengkoordinasi pewujudan C&P bagi perkhidmatan klinikal / disiplin baru.
- Mengenalpasti dan Menyelaras Unit – Unit Khas (Sub-specialization) seperti Paediatric Intensive Care Unit, Neuro Intensive Care, Cardio Intensive Care Unit dan lain lain.