Pengenalan
Unit Kurikulum telah ditubuhkan pada 3 Ogos 2005. Unit ini diketuai oleh Pengajar Kejururawatan dan dibantu oleh Penyelia Jururawat dan Pembantu Tadbir.
Unit Kurikulum bekerjasama dengan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Kementerian Pendidikan (KPM) bagi permohonan kelulusan piawaian dan pensijilan akreditasi dalam bidang kejururawatan.
Objektif
Kawalan Kualiti Pendidikan Kejururawatan
Fungsi
- Mengendali dan mengurus proses permohonan penilaian program dan sumber fasiliti kejururawatan dari Institusi Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) / Universiti Awam (UA) / Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) bagi pengesyoran perakuan akreditasi.
1.1 Mengurus dalam pengurusan dokumen pengajian program kejururawatan dari ILKKM / UA / IPTS bagi perakuan akreditasi.
1.2 Menguruskan dan menyemak hasil penemuan penilaian dokumen bagi program kejururawatan untuk permohonan peringkat akreditasi.
1.3 Mengurus lawatan penilaian fasiliti dan sumber program kejururwatan untuk permohonan peringkat akreditasi.
1.4 Mengurus dan membentangkan laporan penilaian kepada penal Jawatankuasa Teknikal Bersama / Joint Technical Commitee (JTC).
-
Mengurus pengumpulan data dan menyediakan statistik bagi Institusi Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) / Universiti Awam (UA) / Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS).
2.1 Mengurus pengumpulan data dan menyediakan statistik bagi ILKKM / UA / IPTS.
- Mengesyorkan permohonan kelulusan penambahan kuota kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
3.1 Mengurus dan mengelola permohonan penambahan / pengurangan kuota kepada KPT.