Soalan Lazim

Frequently Asked Question(s).

Soalan Lazim

Cawangan Regulatori: Sektor Pendaftaran

Jenis Permohonan : Sijil Pengamalan Tahunan (APC)

1. Apakah yang dimaksudkan dengan APC?

APC ialah sijil yang akan dikeluarkan oleh Lembaga Jururawat Malaysia kepada jururawat bagi membolehkan
praktis kejururawatan dilakukan di Malaysia. Permohonan pembaharuan APC perlu dilakukan sebelum
30hb September setiap tahun.

2. Apa tujuan APC dibuat?

‘Mana-mana orang yang menjalankan amalan tetapi tidak memiliki perakuan pengamalan jururawat
tahunan yang berkuatkuasa bagi dirinya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh
dikenakan denda tidak lebih daripada seribu ringgit atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua
duanya .’

( Peraturan Peraturan Pendaftaran Jururawat 1985, Subperaturan 8(5).

3. Di mana borang permohonan boleh diperolehi?

Borang boleh dimuat turun dari laman web www.nursing.moh.gov.my/download

4. Apakah dokumen yang diperlukan?

4.1  Permohonan pertama kali

  •  Borang permohonan
  • Surat iringan dari majikan
  • Salinan Sijil Pendaftaran Jururawat
  • Salinan kad pengenalan

4.2 Permohonan untuk pembaharuan

  • Isi borang permohonan dengan lengkap
  • Salinan sijil pengamalan tahunan untuk tahun sebelum
  • Borang CPD-LB yang terkini disahkan oleh ketua unit
  • Surat iringan dari majikan

5. Siapakah yang layak menandatangani ruang majikan dalam borang permohonan sijil pengamalan tahunan?

Pegawai yang layak ialah pegawai yang diberi kuasa oleh majikan seperti Ketua Jururawat /Penyelia
Jururawat atau Ketua Unit Sumber Manusia.

6. Bila masa yang sesuai untuk mengemukakan permohonan?

  • ‘Mana-mana orang dalam bahagian am dan tambahan Daftar yang ingin menjalankan amalan selepas 31hb Disember dalam suatu tahun hendaklah, tidak lewat 30hb September tahun itu, membuat permohonan dalam borang yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga dan hendaklah membayar fee yang ditetapkan bagi mendapatkan suatu perakuan untuk menjalankan amalan sedemikian itu.’ (Peraturan Peraturan Pendaftaran Jururawat 1985, Subperaturan 8(1).
  • Permohonan boleh dihantar bermula bulan April setelah memenuhi mata CPD yang ditetapkan.

7. Berapa bayaran yang dikenakan ?

  • Bayaran yang dikenakan ialah Ringgit Malaysia sepuluh puluh sahaja bagi Jururawat, Ringgit Malaysia Lima Sahaja bagi Jururawat Masyarakat/Penolong Jururawat  setahun (Peraturan Peraturan Pendaftaran Jururawat 1985, Subperaturan9(1).
  • Fee lewat sebanyak Ringgit Malaysia sepuluh sahaja dikenakan sebagai fee tambahan sekiranya  permohonan lewat dari tarikh 30hb September.
  • Dibayar dalam bentuk bank draft atau money order sahaja
  • Bayaran dibayar kepada Setiausaha Lembaga Jururawat Malaysia.

8. Bagaimana proses penghantaran dokumen boleh dibuat?

  • Penghantaran dokumen terus di kaunter ( walk in )
  • Penghantaran dokumen secara pos berdaftar daripada pemohon

9. Berapa lama permohonan APC diproses?

  • Permohonan lengkap yang diterima sebelum 30hb September akan diproses dalam tempoh empat hingga enam minggu.
  • Sekiranya borang permohonan diterima selepas 30hb September tempoh proses dan pengeluaran sijil akan menjadi lebih lama.

10. Apakah yang menyebabkan proses permohonan lewat /ditolak?

  • Permohonan menggunakan borang CPD LB yang lama
  • Bayaran tidak tepat seperti yang ditetapkan
  • Fee lewat tidak disertakan
  • Tempoh sah laku bank draft/kiriman wang tamat
  • Tiada surat iringan dari majikan
  • Salinan dokumen tambahan tidak disertakan
  • Borang CPD-LB yang tidak lengkap, tidak cukup mata CPD dan tidak disahkan oleh ketua unit.

11. Bolehkah pemohon mendapatkan Sijil Pengamalan Tahunan yang baru sekiranya sijil hilang atau terbakar ?

Tiada salinan sijil pendua akan dikeluarkan oleh Lembaga Jururawat Malaysia.

12. Apakah tindakan yang saya perlu lakukan untuk mendapatkan no siri APC sekiranya sijil APC saya hilang?

Pemohon perlu menghubungi LJM untuk mendapatkan nombor siri tersebut.

13. Adakah majikan dibenarkan membatalkan permohonan Sijil Pengamalan Tahunan tanpa pengetahuan pekerja ?

Pemohon perlu merujuk kepada surat perjanjian / kontrak perjanjian diantara pemohon dan majikan.

14. Apa dokumen yang perlu dibawa sekiranya pemohon ingin mengambil sendiri dokumen yang telah siap diproses di kaunter?

Individu yang diberi kuasa oleh majikan untuk menuntut dokumen perlu mengemukakan surat rasmi (turun kuasa) dari majikan bersama Salinan kad pengenalan/passport. Pihak Lembaga Jururawat Malaysia tidak akan membenarkan  pengambilan sebahagian daripada keseluruhan dokumen dan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dokumen yang telah diserahkan.

15. Apakah tanggungjawab pemohon dan majikan terhadap sijil APC?

  • Majikan perlu menyimpan Salinan lengkap permohonan yang dikemukakan sebagai rujukan sekiranya perlu.
  • Sijil APC ini perlu dibuat Salinan dan disimpan ditempat yang selamat bagi mengelakkan kehilangan atau rosak.

16. Adakah warganegara asing boleh memohon Sijil Pengamalan Tahunan?

Warganegara asing boleh memohon Sijil Pengamalan Sementara (TPC) untuk bekerja di Malaysia. Pemohon
mesti mendapatkan kelulusan bekerja di Malaysia terlebih dahulu daripada Jabatan Imigresen Malaysia
sebelum menghantar permohonan kepada Lembaga Jururawat Malaysia.

17. Sekiranya saya mempunyai soalan dimana saya boleh mengemukakan pertanyaan? 

Pemohon boleh menghubungi kami melalui talian  603-88833553 Matron Norwati Mohamad  atau Email
kepada :nursing@moh.gov.my

Pemohon dinasihatkan untuk memberikan nama penuh, nombor kad pengenalan dan nombor pendaftaran
LJM untuk memudahkan semakan dibuat.

18. Dimanakah saya perlu menghantar borang permohonan?

Hantarkan dokumen yang lengkap ke alamat dibawah. Dinasihatkan menghantar dokumen secara pos
berdaftar kepada:

Setiausaha,
Lembaga Jururawat Malaysia,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 3, Block E7, Parcel E, Presint 1,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya,
Malaysia.

Jenis Permohonan : Pengekalan Nama (RON)

1. Apakah yang dimaksudkan dengan pengekalan nama?

 Pengekalan nama adalah mengekalkan nama di dalam Daftar Lembaga Jururawat Malaysia.

2. Apa tujuan pengekalan nama dibuat?

‘Jika fee pengekalan nama tidak diterima selewat-lewatnya 30hb September tahun itu nama orang itu hendaklah dikeluarkan daripada Daftar.’

(Peraturan Peraturan Pendaftaran Jururawat 1985, Subperaturan 12(3).

3. Siapa yang boleh memohon untuk pengekalan nama?

3.1 Jururawat yang bersara

3.2 Jururawat yang mengambil cuti separuh gaji/tanpa gaji dalam tempoh 12 bulan dan keatas

3.3 Jururawat yang sedang menjalani latihan di luar negara dalam tempoh 12 bulan dan keatas.

3.4 Jururawat yang telah lulus peperiksaan Lembaga Jururawat Malaysia dan tamat latihan tetapi belum mendapat pekerjaan.

3.5 Jururawat yang mendapat cuti sakit bagi tempoh 12 bulan dan keatas.

3.6 Jururawat yang mengikuti suami ke luar negara

4. Bagaimana permohonan dibuat?

     4.1  Permohonan kali pertama

  • Isi borang dengan lengkap
  • Salinan Sijil Pendaftaran Jururawat *
  • Salinan Surat letak jawatan* (majikan terakhir)
  • Salinan Cuti sakit/laporan perubatan*
  • Salinan surat persaraan* (bagi pesara)
  • Salinan surat tawaran latihan daripada institusi*
  • Bayaran dalam bentuk Bank Draft/Money order dibayar kepada Setiausaha Lembaga Jururawat Malaysia
  • Sampul surat berdaftar lengkap dengan alamat sendiri

*Mana-mana yang berkaitan

   4.2 Permohonan Pembaharuan

  • Isi borang dengan lengkap
  • Salinan Sijil Pendaftaran Jururawat
  • Bayaran dalam bentuk Bank Draft/Money order dibayar kepada Setiausaha Lembaga Jururawat Malaysia
  • Sampul surat berdaftar lengkap dengan alamat sendiri

5. Di mana borang permohonan boleh diperolehi?

Borang boleh dimuat turun dari laman web www.nursing.moh.gov.my

 6. Bila masa yang sesuai untuk mengemukakan permohonan?

‘Mana-mana orang yang diterima masuk dalam bahagian am Daftar dan tidal menjalankan amalan kejururawatan di Malaysia tetapi berhasrat mengekalkan namanya dalam Daftar hendaklah membayar kepada Pendaftar fee pengkalan nama sebanyak dua puluh lima ringgit tidak lewat daripada 30hb September dalam tiap-tiap tahun.’ (Peraturan Peraturan Pendaftaran Jururawat 1985, Subperaturan 12(1).

7. Berapa lama permohonan pengekalan nama diproses?

Permohonan yang diterima oleh pihak unit Pendaftaran sebelum 30hb September boleh disiapkan dalam tempoh empat minggu hingga enam minggu bergantung kepada kepatuhan arahan dalam permohonan pengekalan nama. Sekiranya borang permohonan diterima selepas 30hb September tempoh pemprosesan menjadi lebih panjang.

8. Bagaimana proses penghantaran pengekalan nama dibuat?

Pemohon dikehendaki menyediakan sampul surat berdaftar yang lengkap dengan alamat semasa menghantar permohonan bagi mengelakkan kehilangan dokumen. Pihak LJM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dokumen.

 9. Apakah yang menyebabkan proses permohonan lewat /ditolak?

  • Borang permohonan yang diisi tidak lengkap
  • Bayaran tidak mencukupi dengan tempoh yang dipohon
  • Tempoh sah laku bank draft/kiriman wang tamat
  • Permohonan tidak dilampirkan dengan Sijil Pengekalan nama terakhir atau Sijil Perakuan Pendaftaran atau surat letak jawatan dari tempat kerja terakhir
  • Penghantaran borang permohonan lewat
  • Tidak menyediakan sampul surat berdaftar lengkap dengan alamat sendiri

 10. Berapa lama tempoh minima dan maksima pengekalan nama boleh dipohon?

Tempoh minima adalah setahun dan tempoh maksima tiga tahun  kehadapan. Permohonan sebelum tahun semasa tidak dilayan.

11. Berapakah bayaran yang dikenakan bagi setiap permohonan pengekalan nama?

Bayaran setahun adalah RM Dua Puluh Lima Sahaja dalam bentuk bank draft atau kiriman wang. Bayar kepada Setiausaha Lembaga Jururawat Malaysia. Wang pos tidak diterima.

12. Sekiranya saya mempunyai soalan dimana saya boleh mengemukakan pertanyaan?

Pemohon boleh mengemukakan pertanyaan melalui email kepada nursing.moh.gov.my atau menghubungi 03-8883 3575 KJ Azizah Hassan / KJ Wan Jasimah Wan Mustafa / KJ Zanariah Mat Nor di talian 03- 88833547  serta PJ Safiah Tarudin di talian 03-88833530 pada waktu pejabat sahaja.

Pemohon dinasihatkan untuk memberikan nama penuh, nombor kad pengenalan dan nombor pendaftaran LJM untuk memudahkan semakan dibuat.

13. Alamat penghantaran

      13.1 Pos kepada:

Setiausaha,
Lembaga Jururawat Malaysia,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 3, Block E7, Parcel E, Presint 1,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya,
Malaysia.

     13.2 Hantar sendiri ke kaunter Lembaga Jururawat Malaysia di aras 3 Blok E7, Presint 1 Purajaya.

Pengesahan Pendaftaran (VOR)

1. Apa itu pengesahan pendaftaran?

Penyataan pengesahan  pemohon yang telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia (LJM) atau Lembaga Bidan Malaysia (LBM).

2. Apakah tujuan pengesahan pendaftaran dibuat?

Untuk mengesahkan bahawa pemohon telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia  atau Lembaga Bidan Malaysia .Ianya merupakan salah satu keperluan wajib yang ditetapkan oleh pihak berkaitan di luar negara  semasa mengemukakan permohonan pekerjaan.

3. Siapa yang boleh memohon?

 Pemohon yang ingin bertugas diluar negara.

4. Bagaimana hendak membuat permohonan?

  • Isi borang dengan lengkap
  • Buat bayaran dalam bentuk money order /bank draft kepada Setiausaha Lembaga Jururawat Malaysia
  • Salinan Sijil Pendaftaran LJM/ LBM /Penolong Jururawat
  • Sijil Perakuan Pendaftaran yang telah dialih bahasa ke dalam Bahasa Inggeris (bagi warganegara Malaysia)

5. Di mana saya boleh dapatkan borang permohonan?

Muat turun borang dari laman web nursing.moh.gov.my/downloads

6. Adakah bayaran dikenakan bagi setiap permohonan?

Bayaran RM Tiga Puluh Sahaja dikenakan bagi setiap sijil.

7. Bolehkah saya memohon menggunakan lebih dari satu sijil dalam satu permohonan?

 Ya boleh .

8. Apakah keperlukan tambahan sebelum menghantar permohonan kepada pihak Lembaga?

  • Pemohon dinasihatkan untuk menyemak keperluan semasa yang ditetapkan oleh pihak berkuasa di luar negara samada melalui laman web rasmi atau menghubungi terus pihak berkuasa bagi memastikan pemohon mendapat maklumat yang tepat.
  • Semua dokumen yang dihantar perlu menggunakan pos berdaftar. Pihak LJM tidak bertanggungjawab keatas kehilangan dokumen yang dihantar.

 9. Apakah yang menyebabkan proses permohonan lewat diproses/ditolak?

  • Pemohon menggunakkan borang lama
  • Bayaran tidak bersesuaian dengan bilangan sijil yang digunakan untuk pengesahan
  • Salinan sijil tidak disertakan bersama permohonan
  • Salinan terjemahan Sijil Perakuan Pendaftaran tidak disertakan
  • Tempoh sah laku bank draft/kiriman wang tamat

10. Dimana saya perlu menghantar borang permohonan tersebut?

10.1 Pos kepada:

Setiausaha,
Lembaga Jururawat Malaysia,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 3, Block E7, Parcel E, Presint 1,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya,
Malaysia.

          10.2 Hantar sendiri ke kaunter Lembaga Jururawat Malaysia di aras 3 Blok E7, Presint 1 Purajaya.

Verifikasi Transkrip Latihan (VOT)

1. Apa itu verifikasi transkrip?

Pengesahan transkrip keputusan peperiksaan semasa dalam  latihan kejururawatan di Malaysia samada di peringkat Sijil/ Diploma Kejururawatan /Diploma Kebidanan/ Diploma Kesihatan Awam/ Diploma Kesihatan Mental.

2. Kenapa perlu verifikasi transkrip?

Pengesahan kelayakan akademik bagi memenuhi keperluan syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa di luar negara.

3. Siapa yang perlu memohon verifikasi transkrip?

Pemohon yang ingin bertugas atau belajar di luar negara.

4. Bagaimana permohonan perlu dibuat?

  • Isi dengan borang lengkap
  • Salinan transkrip latihan Diploma Kejururawatan/ Pos Basik
  • Bayaran dalam bentuk kiriman wang/bank draft yang dibayar kepada Setiausaha Lembaga Jururawat Malaysia

5. Berapa bayaran yang dikenakan?

Bayaran sebanyak Ringgit Malaysia Tiga Puluh Sahaja dikenakan bagi setiap verifikasi transkrip latihan.

6. Bolehkah saya memohon verifikasi transkrip menggunakan dua jenis Diploma yang saya miliki?

Ya boleh.

7. Apakah yang menyebabkan proses permohonan lewat diproses/ditolak?

  • Pemohon menggunakkan borang lama
  • Bayaran tidak bersesuaian dengan bilangan sijil yang digunakan untuk pengesahan
  • Salinan sijil tidak disertakan bersama permohonan
  • Salinan terjemahan Sijil Perakuan Pendaftaran tidak disertakan
  • Tempoh sah laku bank draft/kiriman wang tamat

8. Dimana borang permohonan perlu dihantar?

8.1       Pos kepada:

Setiausaha,
Lembaga Jururawat Malaysia,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 3, Block E7, Parcel E, Presint 1,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya,
Malaysia.

       8.2       Hantar sendiri ke kaunter Lembaga Jururawat Malaysia di aras 3 Blok E7, Presint 1 Purajaya.

9. Sekiranya saya mempunyai pertanyaan, dimanakah saya boleh berhubung?

Pemohon boleh mengemukakan pertanyaan melalui email kepada www.nursing@moh.gov.my atau menghubungi 03-8883 3575 KJ Azizah Hassan / KJ Wan Jasimah Wan Mustafa / KJ Zanariah Mat Nor di talian 03- 88833547 pada waktu pejabat sahaja.

Pemohon digalakkan untuk memberi maklumat peribadi seperti nama penuh, nombor kad pengenalan dan nombor pendaftaran LJM bagi memudahkan semakan dibuat.

Surat Sokongan Majikan (LOGS)

 1. Apakah itu surat sokongan?

Surat sokongan atau kenyataan prestasi daripada majikan semasa bertugas di Malaysia.

2. Apakah tujuan surat tersebut?

Bagi mengukuhkan permohonan untuk bertugas di luar negara serta penilaian prestasi kerja daripada majikan terakhir.

3. Siapa yang boleh memohon?

Pemohon yang pernah bekerja di Malaysia dan  ingin bertugas di luar negara.

4. Bagaimana permohonan dibuat?

  • Isi borang dengan lengkap
  • Sertakan salinan Sijil Pendaftaran Lembaga Jururawat Malaysia
  • Sertakan salinan Surat sokongan daripada majikan

5. Adakah saya perlu mendapatkan surat sokongan majikan terakhir sebelum berhenti kerja?

Ya.

6. Bayaran permohonan?

Tidak ada bayaran dikenakan pada masa ini.

7. Alamat penghantaran dokumen

Hantarkan dokumen yang lengkap kepada alamat dibawah :

Setiausaha
Lembaga Jururawat Malaysia
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 3, Blok E7, Parcel E, Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 Putrajaya
Malaysia.

Statement of Good Standing (COGS)

 1. Apakah itu surat sokongan?

Kenyataan pengesahan mengenai latihan kejururawatan yang disertai oleh pemohon, nombor pendaftaran Lembaga Jururawat Malaysia.

2. Apakah tujuan surat tersebut?

Bagi mengukuhkan permohonan untuk bertugas di luar negara

3. Siapa yang boleh memohon?

Pemohon yang ingin bertugas di luar negara tetapi tidak pernah bekerja di Malaysia.

4. Bagaimana permohonan dibuat?

  • Isi borang dengan lengkap
  • Sertakan salinan Sijil Pendaftaran Lembaga Jururawat Malaysia

5. Bayaran permohonan?

Tidak ada bayaran dikenakan pada masa ini.

6. Alamat penghantaran dokumen

Hantarkan dokumen yang lengkap kepada alamat dibawah :

Setiausaha
Lembaga Jururawat Malaysia
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 3, Blok E7, Parcel E, Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 Putrajaya
Malaysia.

Pernyataan Sijil Pendaftaran & Lencana Pendua

1.  Saya kehilangan sijil perakuan pendaftaran. Bagaimana untuk memohon salinan sijil yang baharu?

Pihak tuan/puan boleh mengemukakan borang permohonan ke Lembaga Jururawat Malaysia untuk mendapatkan salinan sijil / pernyataan sijil perakuan pendaftaran tersebut.

Dokumen yang diperlukan:

  • Borang Permohonan BKJ-BOR- DAF/APC – 07/2020
  • Salinan Kad Pengenalan pemohon
  • Salinan Sijil Pendaftaran asal (jika ada)
  • Salinan Laporan polis
  • Bayaran sebanyak RM15.00 bagi setiap permohonan sijil yang hilang / rosak / pertukaran nama dan RM 5.00 bagi setiap permohonan sijil kebidanan yang hilang / rosak / pertukaran nama
    • Pembayaran dalam bentuk kiriman wang / draf bank yang masih sah laku atas nama SETIAUSAHA LEMBAGA JURURAWAT MALAYSIA

Permohonan salinan sijil yang hilang boleh dibuat melalui 3 cara iaitu:

  1. Secara Terus ke Lembaga Jururawat Malaysia
  2. Mewakili Pihak Ketiga (Ibubapa/suami/isteri dan adik beradik)
  • Permohonan Melalui Pos

Panduan dan syarat permohonan boleh rujuk dilaman sesawang http:// nursing/moh.gov.my > muat turun > Pendaftaran

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Unit Pendaftaran & APC di talian 03 – 88833561 / 03 – 88833562

2. Saya telah tamat menjalani latihan sebagai jururawat di sebuah institusi pengajian, sehingga kini saya masih belum menerima sijil perakuan pendaftaran dan lencana?

Pihak tuan/puan perlu menghubungi pihak institusi pengajian tempat tuan / puan belajar untuk mendapatkan sijil perakuan dan lencana. Pihak Lembaga Jururawat Malaysia telah menyerahkan sijil perakuan pendaftaran dan lencana kepada pihak institusi pengajian selepas pelajar di daftarkan setelah  lulus peperiksaan LJM / LBM.

3. Sijil perakauan pendaftaran jururawat saya rosak kerana terlibat dalam banjir, bagaimana saya boleh dapatkan sijil baharu ?

Pihak Lembaga tidak mengeluarkan sijil Baharu,Lembaga hanya mengeluarkan Pernyataan sijil sahaja. Permohonan untuk mendapatkan Pernyataan sijil adalah seperti berikut :

Dokumen yang diperlukan:

  • Borang Permohonan BKJ-BOR- DAF/APC – 07/2020
  • Salinan Kad Pengenalan pemohon
  • Kembalikan sijil pendaftaran LJM atau LBM asal yang rosak
  • Bayaran sebanyak RM15.00 akan dikenakan bagi setiap permohonan sijil yang hilang / rosak / pertukaran nama.
  • Pembayaran dalam bentuk kiriman wang / draf bank yang masih sah laku atas nama SETIAUSAHA LEMBAGA JURURAWAT MALAYSIA

Permohoan boleh dibuat melalui 3 cara iaitu:

  1. Secara Terus ke Lembaga Jururawat Malaysia
  2. Mewakili Pihak Ketiga (Ibubapa/suami/isteri dan adik beradik)
  3. Permohonan Melalui Pos
    Panduan dan syarat permohonan boleh rujuk dilaman sesawang http://nursing/moh.gov.my > muat turun > Pendaftaran

4. Saya baru terima sijil dan perakuan pendaftaran dan lencana dari pihak kolej, didapati pin di belakang lencana telah tanggal. Bagaimanakah cara saya mendapatkan lencana yang baharu?

Pihak tuan/puan hanya perlu kembalikan lencana ini kepada Lembaga   jururawat Malaysia.

Dokumen yang diperlukan :

  • Borang Permohonan BKJ-BOR- DAF/APC – 07/2020
  • Salinan Kad Pengenalan pemohon
  • Kembalikan lencana asal
  • Bayaran :
    • Percuma –hanya dalam tempoh 3 bulan dari tarikh didaftarkan.

Permohoan boleh dibuat melalui 3 cara iaitu:

  1. Secara Terus ke Lembaga Jururawat Malaysia
  2. Mewakili Pihak Ketiga (Ibubapa/suami/isteri dan adik beradik)
  3. Permohonan Melalui Pos
    Panduan dan syarat permohonan boleh rujuk dilaman sesawang http://nursing/moh.gov.my > muat turun > Pendaftaran

5. Setelah tamat latihan kejururawatan saya tidak bekerja dan saya tidak menerima sijil perakuan pendaftaran dan lencana dari pihak kolej. Sekarang saya sedang mohon pekerjaan dan didapati kolej tempat saya menjalani latihan telah ditutup. Bagaimanakah cara saya boleh mendapatkan sijil dan lencana saya ?

Pihak tuan/puan perlu membuat laporan polis bagi mengesahkan kolej telah di tutup dan buat permohonan bagi mendapatkan pernyataan sijil dan lencana pendua. Pihak Lembaga tidak akan mengeluarkan sijil perakuan dan lencana baharu untuk tuan / puan.

Panduan dan syarat permohonan boleh rujuk dilaman sesawang http://nursing/moh.gov.my    >muat turun > Pendaftaran

6. Saya telah memeluk agama islam dan nama saya telah di tukar. Bagaimanakah cara saya menukarkan nama pada sijil perakuan pendaftaran saya ?

Pihak tuan / puan perlu membuat permohoan kepada Lembaga Jururawat Malaysia bagi pertukaran nama pada sijil perakuan pendaftaran adalah seperti berikut :

Dokumen yang diperlukan:

  • Borang Permohonan BKJ-BOR- DAF/APC – 07/2020
  • Salinan Kad Pengenalan pemohon
  • Salinan Perakuan pertukaran agama dari Jabatan Agama Islam dan salinan kad pengenalan terbaru
  • Sijil asal pendaftaran LJM atau LBM asal
  • Bayaran sebanyak RM15.00 akan dikenakan bagi setiap permohonan sijil yang hilang / rosak / pertukaran nama.
    Pembayaran dalam bentuk kiriman wang / draf bank yang masih sah laku atas nama SETIAUSAHA LEMBAGA JURURAWAT MALAYSIA

Permohoan boleh dibuat melalui 3 cara iaitu:

  1. Secara Terus ke Lembaga Jururawat Malaysia
  2. Mewakili Pihak Ketiga (Ibubapa/suami/isteri dan adik beradik)
  3. Permohonan Melalui Pos
    Panduan dan syarat permohonan boleh rujuk dilaman sesawang http://nursing/moh.gov.my > muat turun > Pendaftaran

7. Saya kehilangan sijil dan lencana, Bolehkah saya membuat permohonan secara datang terus ke kaunter Lembaga Jururawat Malaysia bagi mendapatkan sijil dan lencana ini dengan segera ?

Permohonan yang lengkap boleh dihantar secara terus ke kaunter Lembaga Jururawat Malaysia. Pihak Lembaga akan mengeluarkan pernyataan sijil dalam tempoh 3 – 4 minggu dari tarlkh terima permohonan dan bagi lencana pendua pula Lembaga Jururawat mengambil masa 3 bulan dari tarikh terima permohonan.

8. Berapakah bayaran jika saya membuat pernyataan sijil pendaftaran jururawat dan bolehkah saya membuat bayaranh secara tunai ?

Bagi permohonan pernyataan sijil pendaftaran jururawat adalah RM 15.00 setiap satu sijil dan bayaran secara tunai tidak di terima.

Bayaran sebanyak RM15.00 akan dikenakan bagi setiap permohonan sijil yang hilang / rosak / pertukaran nama.

  • Pembayaran dalam bentuk kiriman wang / draf bank yang masih sah laku atas nama SETIAUSAHA LEMBAGA JURURAWAT MALAYSIA

9. Saya membuat permohonan pernyataan sijil, Bagaimanakah cara pihak lembaga jururawat Malaysia menghantar pernyataan sijil pendaftaran ini ?

Cara Permohonan Dan Penyerahan Pernyataan Sijil Dan Lencana Pendua

  1. Secara Pos
    Pemohon perlu sertakan SAMPUL SURAT BERDAFTAR yang telah diisi dengan lengkap dan jelas nama pemohon, alamat surat-menyurat dan maklumat untuk dihubungi (ruangan KEPADA).

    * Pemohon perlu mencatat no. rujukan Sampul Surat Berdaftar berkenaan pada borang permohonan BKJ-BOR- DAF/APC – 07/2020
    * Pemohon perlu mencatat no. rujukan Sampul Surat Berdaftar berkenaan pada borang permohonan BKJ-BOR- DAF/APC – 07/2020
    * Sampul Surat Berdaftar tersebut MESTILAH BELUM DIGUNAKAN dan dihantar ke alamat seperti di atas bersama borang permohonan.
    * Sila ambil maklum bahawa pengeposan melalui Pos Malaysia atau mana-mana syarikat Penghantaran adalah tertakluk kepada kawalan dan syarat-syarat Pos Malaysia Berhad atau syarikat berkenaan dimana pihak LJM/LBM tidak bertanggungjawab diatas sebarang kelewatan / kehilangan dokumen.

  2. Ambil Sendiri
    Pemohon yang mengambil sendiri di Bahagian Kejururawatan  IPKKM ( Unit Pendataran & APC) perlu mengemukakan dokumen pengenalan diri kepada pegawai bertugas. Pemohon juga perlu mengisi Borang Akuan Penerimaan Sijil / Lencana yang dikeluarkan oleh pegawai bertugas semasa mengambil dokumen.
  3. Melalui Wakil (Ibubapa/suami/isteri dan adik beradik)
    Pemohon yang tidak dapat hadir boleh melantik wakil untuk mengambil dokumen tersebut. Wakil yang dilantik perlu mengemukakan surat rasmi turun kuasa serta dokumen pengenalan diri kepada pegawai bertugas dan perlu mengisi Borang Akuan Penerimaan Sijil / Lencana yang dikeluarkan oleh pegawai bertugas semasa mengambil dokumen.

    Pihak LJM/LBM tidak bertanggungjawab ke atas kehilangan dokumen / lencana pendua.

10. Bolehkah lencana pendua di mohon secara berkelompok beramai-ramai, bagaimanakah caranya ?

Pihak majikan atau ketua jururawat boleh mewakili permohonan ini dengan mengemukakan perkara berikut ;

  1. Surat permohonan rasmi dari jabatan.
  2. Senarai nama, nombor kad pengenalan dan nombor pendaftaran LJM / LBM
  3. Bayaran secara kolektif ( RM 5.00 setiap satu lencana )
    Pembayaran dalam bentuk kiriman wang / draf bank yang masih sah laku atas nama SETIAUSAHA LEMBAGA JURURAWAT MALAYSIA

Permohonan yang telah lengkap boleh dihantar ke alamat berikut :

Setiausaha
Lembaga Jururawat Malaysia
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 3, Blok E7, Kompleks E, Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 Putrajaya

Unit TPC

Adakah mana-mana negara boleh berkhidmat di Malaysia?

Semua negara dialu-alukan berkerja di Malaysia kecuali negara Israel.

Adakah semua kategori jururawat boleh berkhidmat di Malaysia?

Hanya jururawat terlatih dan mempunyai bidang pengkhususan kejururawatan (Pos basik) warganegara asing yang berdaftar dengan Lembaga/Majlis negara asal kecuali Pos basik Kebidanan dan Komuniti Kesihatan.

Apakah kreteria JTWA untuk memohon berkhidmat di Malaysia?

Sila rujuk di web site http://nursing.moh.gov. . (klik download dan menu TPC)

Berapakah bayaran fi proses untuk memohon kelulusan TPC?

Wang Pos atau bank draf bernilai RM50.00 seorang dialamatkan kepada Setiausaha Lembaga Jururawat Malaysia.

Setelah mendapat TPC , berapa lama tempoh sahlaku TPC yang diberikan?

Tempoh sahlaku TPC untuk 1 tahun sahaja dan pihak majikan perlu memperbaharui 2 bulan sebelum tempoh tamat TPC dan bayaran RM70.00 berbentuk wang pos atau bank draf bernilai RM70.00 seorang dialamatkan kepada Setiausaha Lembaga Jururawat Malaysia. TPC halnya sah untuk satu majikan sahaja.

Unit Kurikulum

Bagaimana untuk mengetahui sesebuah kolej yang menawarkan program kejururawatan yang mendapat pengiktarafan akreditasi?

Melalui laman web: www.mqa.gov.my/mqr

Bagaimana menyediakan dokumen bagi memohon penilaian akreditasi?

Melalui laman web: nursing.moh.gov.my

Mengapakah perlu untuk mengemas kini data sumber manusia dan pelajar setiap 6 bulan?

Disebabkan oleh pertukaran/pindaan anggota/pelajar

Mengapakah tempoh akreditasi berbeza dari satu kolej dengan kolej lain?

Tempoh akreditasi diberi mengikut laporan penilaian menggunakan instrumen penilaian dan persetujuan JTC

Apakah yang perlu dilakukan jika program ditolak?

Program yang ditolak boleh membuat rayuan melalui MQA dan Jawatankuasa Rayuan LJM

UNIT PEMBANGUNAN PROFESION (CPD)

Mengapa saya perlu CPD point?

Mata kredit CPD diperlukan untuk memastikan jururawat meningkatkan dan mengemaskini  pengetahuan secara berterusan  dan kompetensi dalam praktis. Ianya adalah satu keperluan untuk pembaharuan Perakuan Jururawat seperti yang ditetapkan dalam Akta Kejururawatan 1985.

Bagaimana saya hendak memohon mata CPD untuk kursus-kursus yang saya ingin anjurkan?

Memohon melalui Unit CPD Bahagian Kejururawatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dengan,

  • Mengisi borang BKJ-BOR-PP-14
  • Sertakan Lampiran program yang lengkap
  • Sertakan Lampiran CV penceramah

Garis panduan permohonan boleh dimuat turun dari Portal Nursing, KKM.

Kepada siapa saya perlu alamatkan permohonan mata kredit CPD?

Permohonan perlu di alamatkan kepada:

Pengarah Kejururawatan,
Bahagian Kejururawatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 3, Blok E1, Parcel E, Presint 1,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya.

Berapa lama masa akan diambil untuk proses permohonan CPD?

Kelulusan permohonan akan dimaklumkan dalam masa tujuh (7) hari bekerja, selepas dokumen permohonan diterima dengan lengkap.

Unit Peperiksaan

Tahukah anda di manakah Takwim Peperiksaan LJM/LBM boleh didapati?

Laman web adalah  –  https://nursing.moh.gov.my

Apakah dokumen yang perlu dihantar melalui kolej ke LJM, Bahagian Kejururawaan untuk permohonan menduduki peperiksaan kejururawatan?

Dokumen-dokumen adalah: Borang permohonan calon (BKJ-BOR-PEP-05-01, Pin.1/2014), Maklumat Penuh Pelatih: BKJ-BOR-PEP-05-02 Pin.1/2014, dan salinan kad pengenalan (berpalang) serta Salinan Sijil Akademik yang diakui sah.

Bilakah borang permohonan (hard copy) untuk menduduki peperiksaan perlu dihantar ke LJM/LBM, Bahagian Kejururawatan?

Borang permohonan (hard copy) untuk menduduki peperiksaan perlu di isi dan maklumat pelajar di masuk kedalam SPMJ sebelum dihantar ke Bahagian Kejururawatan dalam masa 2 bulan sebelum peperiksaan.

Bilakah masanya untuk kolej mendaftar pelajar yang akan menduduki peperiksaan di Sistem Pengurusan Maklumat Jururawat (SPMJ)?

Pendaftaran di SPMJ untuk pelajar yang akan menduduki peperiksaan perlu dilakukan 2 bulan sebelum tarikh peperiksaan melalui laman sesawang SPMJ iaitu www.spmj.moh.gov.my/kolej

Berapakah jumlah bayaran yuran peperiksaan LJM/LBM bagi syarat kemasukan dalam Bahagian Am Daftar?

Bayaran yuran peperiksaan LJM/LBM untuk Program Diploma dan Advanced Diploma in Midwifery ialah RM30 manakala Program Jururawat Masyarakat dan Penolong Jururawat adalah RM15.

Bilakah keputusan peperiksaan peringkat kolej perlu dihantar ke LJM /LBM?

Bahagian Kejururawatan.

Keputusan peperiksaan pelajar di peringkat kolej perlu dihantar ke LJM/LBM, Bahagian Kejururawatan sekurang-kurang satu (1) bulan sebelum tarikh peperiksaan LJM   (Sila lihat Takwim Peperiksaan).

Bilakah keputusan peperiksaan LJM/LBM boleh di akses oleh pihak kolej?

Keputusan peperiksaan LJM/LBM boleh di akses  secara on-line selepas pengesahan keputusan disahkan oleh Pendaftar Lembaga Jururawat Malaysia, dalam masa 7 hari bekerja selepas penerimaan dengan lengkap, semua kertas jawapan peperiksaan dari  kolej kejururawatan.

Bagaimanakah cara anda mengemaskini rekod maklumat pelatih dalam SPMJ?

Kemaskini maklumat pelatih dalam menu ‘pinda/semak’ rekod pelatih ialah dengan mengklik butang pilih (sebelah kiri nama pelatih) dan seterusnya memastikan maklumat mandatori (bertanda **) disikan dengan lengkap dan betul.

Apakah yang dimaksudkan dengan markah berterusan?

Markah berterusan (cumulative marks) ialah markah keputusan akhir peringkat kolej bagi Kolej IPTA / IPTS yang berbentuk CGPA, manakala untuk calon dari Kolej KKM ialah Lulus / Gagal.

Bagaimanakah anda membuat ‘SARINGAN’ peringkat dalam SPMJ?

Sila pastikan maklumat calon telah dikemaskini terlebih dahulu dalam “pinda / semak rekod pelatih’ sebelum melakukan peringkat ‘SARINGAN’

Pilih menu ‘saring pelatih untuk peperiksaan’ dalam SPMJ.

Sila klik pada kotak disebelah kiri nama pelatih bagi memilih pelatih yang akan menduduki peperiksaan LJM / LBM pada sesi peperiksaan yang ditetapkan.

Bilakah peringkat ‘SARINGAN PELATIH UNTUK PEPERIKSAAN’ perlu dilakukan?

Peringkat ‘SARINGAN PELATIH’ mesti dilakukan dalam tempoh dua bulan dan sebelum tarikh peperiksaan diadakan dan tertakluk pada arahan terkini yang akan dipaparkan dalam bulletin SPMJ.

Unit Amalan Swasta & Fasiliti

Berapakah yuran yang perlu dibayar oleh institusi atas penggunaan fasiliti KKM setahun?

Sila rujuk Garispanduan Penggunaan Fasiliti KKM Tahun 2014

Apakah prosedur untuk memohon penempatan klinikal di fasiliti KKM?

Sila rujuk Garispanduan Penggunaan Fasiliti KKM Tahun 2014

Kepada siapa pembayaran perlu dibuat dan bila?

Pembayaran hendaklah dibuat atas nama:

Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia” dan dihantar ke:

Aras 7, Blok E1, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 Wilayah Persekutuan Putrajaya

Semua pembayaran MESTI dibuat sebelum 31 Mei setiap tahun.

Adakah Klinikal Instruktor mesti mempunyai permit mengajar?

Ya. Ini tertakluk dalam Akta Institusi Swasta (Akta 555) di mana semua klinikal instruktor dan pengajar kejururawatan mesti mempunyai permit mengajar yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Sebagai CI, perlukan saya mempunyai “teaching methology” sebelum memohon permit mengajar?

Tidak perlu.

Unit Penyelidikan & Kualiti

Apa yang boleh saya adu kepada Bahagian Kejururawatan,IPKKM?

Semua aduan yang berkaitan dengan perkhidmatan kejururawatan dan “Code of Conduct”

Adakah sebarang bayaran dikenakan untuk membuat aduan?

Tiada.

Bolehkah saya membuat aduan bagi pihak orang lain?

Tidak digalakkan

Bolehkah saya mengemukakan aduan tanpa memberitahu maklumat peribadi?

Tidak digalakkan

Apakah jenis-jenis aduan yang dikemukakan?

Semua aduan yang berkaitan dengan perkhidmatan kejururawatan dan “Code of Conduct”

Bagaimana cara saya membuat aduan?

Telefon no :
03 – 8883 1322

Menulis Surat :
Unit Kualiti, Bahagian Kejururawatan
Aras 3, Blok E1,Kompleks E,Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 Putrajaya, Malaysia

Hadir sendiri ke :
Bahagian Kejururawatan
Aras 3, Blok E1,Kompleks E,Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 Putrajaya, Malaysia

Apakah tindakan yang akan diambil terhadap aduan saya?

Aduan akan disalurkan kepada Unit Koperasi Koporat (UKK), mengeluarkan no. kes dalam sistem. Surat akuan terima (SAT) kepada pengadu akan dikeluarkan dan siasatan akan dijalankan. Semua urusan surat menyurat berhubung dengan tindakan siasatan akan disalinkan kepada pengadu sebagai makluman.

Unit Amalan Kejururawatan ( Hospital Dan Kesihatan Awam)

Bagaimanakah cara memohon bagi mengikuti latihan kejururawatan di Kementerian Kesihatan Malaysia?

Permohonan untuk mengikuti latihan kejururawatan di Kementerian Kesihatan Malaysia adalah  melalui portal  Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. (SPA 8i).

Apakah tugas seorang jururawat?

Sila layari portal MOH (kerjaya) atau Portal Kejururawatan  Kementerian Kesihatan Malaysia.

Bagaimanakah cara mengikuti kursus pos basik di fasiliti kerajaan?

Borang permohonan untuk mengikuti kursus  pos basik mestilah dikemukakan kepada Ketua Penyelia Jururawat Daerah/Hospital/ Negeri/Institusi setelah kursus in diiklankan.

Bagaimanakah cara permohonan pertukaran/perpindahan dalam negeri?

Permohonan pertukaran/perpindahan dalam negeri perlu melalui Ketua Penyelia Jururawat Daerah/ Hospital/ Negeri / /Institusi.

Bagaimanakah permohonan pertukaran keluar dari negeri ke negeri lain?

Permohonan pertukaran keluar  dari negeri ke negeri lain mesti melalui Ketua Penyelia Jururawat Negeri / Hospita/Institusi

Bagaimana untuk mendapatkan statistik kejururawatan bagi tujuan penyelidikan?

Perlu mendaftar dengan National Medical Research Register (NMRR) dan memohon secara rasmi melalui NMRR ke Bahagian Kejururawatan.

Apakah cara kenaikan pangkat dalam kejururawatan?

Urusan kenaikan pangkat jururawat bagi gred hakiki U32 ke atas adalah melalui tawaran dari  Kementerian Kesihatan Malaysia mengikut kekosongan dan peruntukan perjawatan oleh Jabatan Perkhidmatan awam. Pemilihanan bagi mereka yang layak dan memenuhi syarat yang ditetapkan akan dibuat oleh Lembaga Kenaikan Pangkat.

Unit Credentialing & Privileging

Apakah Credentialing?

Pengiktirafan kepada jururawat dengan menilai kelayakan individu dalam pengkhususan tertentu berdasarkan keperluan latihan professional, pengalaman, kemahiran dan kompetensi dalam melaksanakan tugas.

Apakah Privileging?

Keistimewaan dan kelayakan kepada jururawat dalam menjalankan prosedur tertentum dalam skop amalan penjagaan pesakit berdasarkan keperluan hospital.

Bagaimana untuk memohon Credentialing & Privileging?

  1. Permohonan untuk credentialing dilakukan secara manual dengan menggunakan borang Cred1 (2018) untuk permohonan baru dan borang Rcred 1 (2018) untuk permohonan memperbaharui sijil dan dihantar ke Unit Credentialing & Privileging, Bahagian Kejururawatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

    Borang permohonan boleh dimuat turun dari Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia.

  2. Permohonan untuk Privileging adalah melalui jawatankuasa di hospital tempat jururawat itu bertugas.

Apakah Disiplin Perkhidmatan yang boleh memohon Credentilaing?

  1. Perawatan Peri-Operatif
  2. Perawatan Rapi
  3. Oftalmologi
  4. Kecemasan & Trauma
  5. Dialisis (Hemodialisis / CAPD)
  6. Pre Hospital Care
  7. Pediatrik
  8. Neonatal
  9. Ortopedik
  10. Endoskopi
  11. Perawatan Peri-Anestesia
  12. Perawatan Paliatif

Siapakah yang layak memohon Credentialing?

Semua jururawat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Copyright © 2015 - Nursing Division, Ministry of Health Malaysia