SELAMAT DATANG KE LAMAN UTAMA NURSING DIVISION, MINISTRY OF HEALTH

Sejarah bidang kejururawatan bermula seawal tahun 1800an dengan kedatangan Syarikat Hindia Timur di mana hospital-hospital telah diwujudkan bagi pesakit di Pulau Pinang dan Singapura. Hospital-hospital ini pada mulanya diuruskan oleh rahib-rahib Katolik sebelum digantikan dengan jururawat dari England.

Amalan kejururawatan era pra-peperangan in Tanah Melayu (Malaya) dijalankan oleh jururawat yang mendapat latihan semerta semasa bekerja yang mana tunjukajar diberikan oleh bangsa asing contohnya Penyelia Jururawat berbangsa Eropah, Matron atau doktor di hospital. Setiap negeri/penempatan di negeri-negeri Selat mempunyai khidmat kejururawatan tersendiri. Mereka turut menjalankan latihan dan peperiksaan masing-masing yang menjuruskan kepada tahap kejururawatan yang berbeza-beza dari negeri ke negeri yang lain. Pada masa tersebut, bidang kejururawatan lebih menitikberatkan aspek penyembuhan dalam penjagaan pesakit.

Kronologi perkembangan Kejururawatan di Malaysia.

1923- Pengwujudan Perundangan berkaitan Kawalan Amalan Kebidanan dan latihan Bidan di penempatan negeri-negeri Selat dan seterusnya ke semua negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu.

Akta Kejururawatan dan  Ordinan Pendaftaran Jururawat telah diaktakan bagi mengawal amalan kejururawatan. Ini seterusnya menjurus kepada penubuhan Lembaga Jururawat yang berfungsi mengawalselia pendidikan kejururawatan serta pendaftaran jururawat.

Copyright © 2015 - Nursing Division, Ministry of Health | Blok E1, Kompleks E, Pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590 Putrajaya, Malaysia - Enfold WordPress Theme by Kriesi