Unit Credentialing & Privileging (C&P)

Unit Credentialing & Privileging (C&P)

PENGENALAN

Credentialing & Privileging adalah pengiktirafan kepada jururawat dengan menilai kelayakan individu dalam pengkhususan tertentu berdasarkan keperluan latihan profesional dan pengalaman berdasarkan garispanduan yang telah ditetapkan.

OBJEKTIF

  1. Penganugerahan Sijil Pengiktirafan Klinikal (Credentialing) kepada Jururawat yang layak bagi prosedur dan praktis klinikal tertentu.
  2. Menyelaras dan mengkoordinasikan disiplin tertentu ke dalam program credentialing agar kecekapan klinikal anggota kejururawatan mencapai piawaian yang telah ditetapkan.
  3. Untuk melahirkan jururawat yang mahir dan kompeten dalam melaksanakan tugas bagi mengelakkan hasil (outcome) yang tidak diingini.

FUNGSI

  1.  Merancang dan mengendalikan mesyuarat Sub-Speciality Committee (SSC) dan National Credentialing Committee (NCC).
  2. Menyelaras serta mengkoordinasikan aktiviti berkaitan program C&P di peringkat Sub-Speciality Committee (SSC) dan National Credentialing Committee (NCC).
  3. Mengendali dan memproses permohonan C&P bagi anggota kejururawatan KKM.
  4. Menyediakan dan mengedarkan Sijil Credentialing bagi semua kategori jururawat yang telah di luluskan dalam mesyuarat SSC dan NCC.
  5. Mengkoordinasi pewujudan C&P bagi perkhidmatan klinikal / disiplin baru.
  6. Mengenalpasti dan Menyelaras Unit – Unit Khas (Sub-specialization) seperti Paediatric Intensive Care Unit, Neuro Intensive Care, Cardio Intensive Care Unit dan lain lain.
Copyright © 2015 - Nursing Division, Ministry of Health Malaysia