Piagam Pelanggan

PIAGAM PELANGGAN BAHAGIAN KEJURURAWATAN

Bahagian Kejururawatan komited dan sentiasa berusaha untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada setiap pelanggan dengan memastikan:

  1. Setiap pelanggan yang berurusan di kaunter akan dilayan dalam tempoh masa 15 minit selepas tiba di kaunter.
  2. Keputusan peperiksaan Lembaga Jururawat Malaysia dan Lembaga Bidan Malaysia akan diisytiharkan ke semua Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) (Kejururawatan), Universiti Awam (UA) dan IPTS melalui Sistem Pengurusan Maklumat Jururawat (SPMJ) dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh terakhir penerimaan kertas jawapan peperiksaan dari semua Pusat Peperiksaan.
  3. Memastikan proses dan pengeluaran sijil-sijil menepati tempoh yang telah ditetapkan seperti berikut:

    i)  Perakuan Pendaftaran Jururawat akan dikeluarkan dan dihantar ke Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) (Kejururawatan) dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja selepas menerima borang permohonan yang lengkap.

    ii)  Permohonan Sijil Perakuan Pengamalan Jururawat Tahunan (APC) yang lengkap dan diterima sebelum 30hb September akan diproses sebelum 31hb Disember pada tahun semasa.

    iii)  Sijil Perakuan Pengalaman Sementara (TPC)akan dikeluarkan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas penerimaan borang permohonan yang lengkap.

  1. Kelulusan Mata CPD (Continuous Professional Development) akan dimaklumkan kepada penganjur / pemohon dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja sebelum program dijalankan.

PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN

Copyright © 2015 - Nursing Division, Ministry of Health | Blok E1, Kompleks E, Pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590 Putrajaya, Malaysia - Enfold WordPress Theme by Kriesi