Lembaga Bidan

LEMBAGA JURURAWAT MALAYSIA.

Pengenalan

Lembaga Jururawat  Malaysia yang megawalselia latihan dan etika jururawat  dalam Negara bagi memastikan praktis kejururawatan yang dilaksanakan  seperti yang tertakluk dalam Akta Jururawat 1950  dan Peraturan – Peraturan Pendaftaran Jururawat 1985. Praktis kejururawatan memerlukan jururawat yang mempunyai pengetahuan khusus, kemahiran dan kebolehan membuat keputusan. Fungsi utama Lembaga Jururawat Malaysia adalah untuk membangunkan dan meningkatkan piawaian praktis kejururawatan dalam melindungi orang awam.

Fungsi

Menyimpan dan megekalkan pendaftaran jururawat
Mengawalselia praktis kejururawatan dan etika jururawat dalam Negara

AHLI LEMBAGA JURURAWAT

Akta Jururawat  1950

(1) Lembaga Jururawat yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta hendaklah terdiri daripada-
(a) Enam orang anggota ex-officio iaitu-
(i) Ketua Pengarah Kesihatan,Malaysia;
(ii) Pengarah Latihan dan Tenaga Manusia, Kementerian Kesihatan
(iii) Pengarah Perkhidmatan Perubatan, Sarawak;
(iv) Pengarah Perkhidmatan Perubatan, Sabah;
(v) Ketua Penyelia Jururawat, Kementerian Kesihatan;
(vi) Penolong Ketua Penyelia Jururawat (Latihan), Kementerian Kesihatan;
(b) enam orang Pengajar Jururawat, lima di antara mereka adalah Ketua Pengajar Jururawat dan seorang lagi sama ada Ketua Pengajar Jururawat atau Pengajar Lelaki yang dilantik oleh Menteri;
(c) sembilan orang jururawat yang dilantik oleh Menteri.

(2) Setiap anggota yang dilantik oleh Menteri hendaklah memegang jawatan selama tempoh tiga tahun melainkan jika tempoh yang lebih singkat dinyatakan dalam suratcara perlantikan.

Pengubalan semula Akta Jururawat dan Akta Bidan dalam proses pengemaskinian oleh Penasihat Undang-undang Kementerian Kesihatan Malaysia.

4.TATACARA

PDF-button

LEMBAGA BIDAN MALAYSIA.

1.Introduction

Lembaga Bidan Malaysia yang megawalselia latihan dan etika bidan dalam Negara bagi memastikan praktis kebidanan yang dilaksanakan  seperti yang tertakluk dalam Akta Bidan 1966 dan Peraturan – Peraturan Bidan 1990. Praktis kebidanan memerlukan bidan yang mempunyai pengetahuan khusus, kemahiran dan kebolehan membuat keputusan. Fungsi utama Lembaga Bidan Malaysia adalah untuk membangunkan dan meningkatkan piawaian praktis kebidanan dalam melindungi orang awam.

 2.Function

  • Mengawalselia latihan kebidanan, melaksanakan peperiksaan, mengeluarkan  sijil/ diploma kebidanan dan badges.
  • Mengawalselia praktis dan etika bidan dalam Negara

 3.AHLI LEMBAGA BIDAN (AKTA BIDAN 1966)

Lembaga Bidan (selepas ini disebut “Lembaga”  diwujudkan bersandarkan ahli-ahli seperti berikut:

  • Ketua Pengarah Kesihatan, selaku Pengerusi
  • Ketua Penyelia Jururawat, Kemeterian Kesihatan, selaku Setiausaha
  • Penolong Ketua Penyelia Jururawat (Kesihatan)
  • Penolong Ketua Penyelia Jururawat (Latihan)
  • empat orang pengajar kebidanan yang dilantik oleh Menteri mewakili bahagian seperti berikut:
  1. pengajar pelajar jururawat kebidanan
  2. pengajar pelajar kebidanan
  3. pengajar jururawat desa dan
  4. pengajar samada jururawat masyarakat atau jururawat desa
  • tiga orang jururawat akan dilantik oleh Menteri terdiri dari seperti berikut:
  1. Penyelia Jururawat Negeri
  2. Penyelia Jururawat (Kesihatan)
  • Hospital atau unit bersalin
  • 2 orang bidan akan dilantik oleh Menteri mewakili seperti yang berikut:
  1. bidan berdaftar di bawah Bahagian II Pendaftaran
  2. bidan berdaftar di bawah Bahagian III Pendaftaran
  • 2 orang pengamal perubatan kesihatan awam akan dilantik oleh Menteri mewakili bahagian seperti berikut:
  1. Pengarah Perubatan dan Perkhidmatan Kesihatan Negeri
  2. Pengamal perubatan bahagian Perbidanan
  • 2 orang pengamal perubatan berdaftar akan dilantik oleh Menteri mewakili bahagian berikut:
  1. Majlis Perubatan Malaysia
  2. Persatuan Perubatan Malaysia
  • Pengubalan semula Akta Jururawat dan Akta Bidan dalam proses pengemaskinian oleh Penasihat Undang-undang Kementerian Kesihatan Malaysia.

4.TATACARA
PDF-button

Copyright © 2015 - Nursing Division, Ministry of Health | Blok E1, Kompleks E, Pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590 Putrajaya, Malaysia - Enfold WordPress Theme by Kriesi