Info Korporat

SEJARAH KEJURURAWATAN DI MALAYSIA .

Sejarah bidang kejururawatan bermula seawal tahun 1800an dengan kedatangan Syarikat Hindia Timur di mana hospital-hospital telah diwujudkan bagi pesakit di Pulau Pinang dan Singapura. Hospital-hospital ini pada mulanya diuruskan oleh rahib-rahib Katolik sebelum digantikan dengan jururawat dari England.

Amalan kejururawatan era pra-peperangan in Tanah Melayu (Malaya) dijalankan oleh jururawat yang mendapat latihan semerta semasa bekerja yang mana tunjukajar diberikan oleh bangsa asing contohnya Penyelia Jururawat berbangsa Eropah, Matron atau doktor di hospital. Setiap negeri/penempatan di negeri-negeri Selat mempunyai khidmat kejururawatan tersendiri. Mereka turut menjalankan latihan dan peperiksaan masing-masing yang menjuruskan kepada tahap kejururawatan yang berbeza-beza dari negeri ke negeri yang lain. Pada masa tersebut, bidang kejururawatan lebih menitikberatkan aspek penyembuhan dalam penjagaan pesakit.

Kronologi perkembangan Kejururawatan di Malaysia.

1923- Pengwujudan Perundangan berkaitan Kawalan Amalan Kebidanan dan latihan Bidan di penempatan negeri-negeri Selat dan seterusnya ke semua negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu.

Akta Kejururawatan dan  Ordinan Pendaftaran Jururawat telah diaktakan bagi mengawal amalan kejururawatan. Ini seterusnya menjurus kepada penubuhan Lembaga Jururawat yang berfungsi mengawalselia pendidikan kejururawatan serta pendaftaran jururawat. Lembaga ini juga berfungsi untuk:

  • Pembangunan sukatan pelajaran serta kurikulum  untuk Latihan Asas Jururawat.
  • Menjalankan peperiksaan akhir untuk pendaftaran jururawat.
  • Mengeluarkan Sijil Latihan Kejururawatan.
  • Pembangunan dalam perundangan bagi mengawal amalan kejururawatan melalui pendaftaran serta pengeluaran Sijil dan Lencana Kejururawatan.
  • Pembangunan Undang-undang Pendaftaran Jururawat.
  • Meluaskan Akta Jururawat ke negeri Sarawak.
  • Meluaskan Akta Jururawat ke negeri Sabah.

1985- Semakan Undang-undang Pendaftaran Jururawat 1985 dan Pelaksanaan Sijil Amalan Tahunan

1966- Akta Bidan 1966 digubal dan Lembaga Bidan diwujudkan bagi mendaftarkan jururawat perbidanan and mengawalselia amalan kebidanan di dalam Negara.

Undang-undang Kebidanan (Pendaftaran) 1971 diwujudkan di mana jururawat perbidanan dikehendaki memohon untuk didaftarkan. Pendaftaran ini dikenali sebagai TBA, (Traditional Birth Attendants) dilaksanakan sehingga 1 Ogos 1972.

Akta Bidan 1966 telah dipinda pada tahun 1990. Pindaan tersebut membolehkan TBA mendaftar untuk tempoh 10 tahun.

Copyright © 2015 - Nursing Division, Ministry of Health | Blok E1, Kompleks E, Pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590 Putrajaya, Malaysia - Enfold WordPress Theme by Kriesi