Soalan Lazim

Frequently Asked Question(s).

Soalan Lazim

Unit Kurikulum

Bagaimana untuk mengetahui sesebuah kolej yang menawarkan program kejururawatan yang mendapat pengiktarafan akreditasi?

Melalui laman web: www.mqa.gov.my/mqr

Bagaimana menyediakan dokumen bagi memohon penilaian akreditasi?

Melalui laman web: nursing.moh.gov.my

Mengapakah perlu untuk mengemas kini data sumber manusia dan pelajar setiap 6 bulan?

Disebabkan oleh pertukaran/pindaan anggota/pelajar

Mengapakah tempoh akreditasi berbeza dari satu kolej dengan kolej lain?

Tempoh akreditasi diberi mengikut laporan penilaian menggunakan instrumen penilaian dan persetujuan JTC

Apakah yang perlu dilakukan jika program ditolak?

Program yang ditolak boleh membuat rayuan melalui MQA dan Jawatankuasa Rayuan LJM

UNIT PEMBANGUNAN PROFESION (CPD)

Mengapa saya perlu CPD point?

Mata kredit CPD diperlukan untuk memastikan jururawat meningkatkan dan mengemaskini  pengetahuan secara berterusan  dan kompetensi dalam praktis. Ianya adalah satu keperluan untuk pembaharuan Perakuan Jururawat seperti yang ditetapkan dalam Akta Kejururawatan 1985.

Bagaimana saya hendak memohon mata CPD untuk kursus-kursus yang saya ingin anjurkan?

Memohon melalui Unit CPD Bahagian Kejururawatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dengan,

  • Mengisi borang BKJ-BOR-PP-14
  • Sertakan Lampiran program yang lengkap
  • Sertakan Lampiran CV penceramah

Garis panduan permohonan boleh dimuat turun dari Portal Nursing, KKM.

Kepada siapa saya perlu alamatkan permohonan mata kredit CPD?

Permohonan perlu di alamatkan kepada:

Pengarah Kejururawatan,
Bahagian Kejururawatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 3, Blok E1, Parcel E, Presint 1,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya.

Berapa lama masa akan diambil untuk proses permohonan CPD?

Kelulusan permohonan akan dimaklumkan dalam masa tujuh (7) hari bekerja, selepas dokumen permohonan diterima dengan lengkap.

Unit Peperiksaan

Tahukah anda di manakah Takwim Peperiksaan LJM/LBM boleh didapati?

Laman web adalah  –  http://nursing.moh.gov.my

Apakah dokumen yang perlu dihantar melalui kolej ke LJM, Bahagian Kejururawaan untuk permohonan menduduki peperiksaan kejururawatan?

Dokumen-dokumen adalah: Borang permohonan calon (BKJ-BOR-PEP-05-01, Pin.1/2014), Maklumat Penuh Pelatih: BKJ-BOR-PEP-05-02 Pin.1/2014, dan salinan kad pengenalan (berpalang) serta Salinan Sijil Akademik yang diakui sah.

Bilakah borang permohonan (hard copy) untuk menduduki peperiksaan perlu dihantar ke LJM/LBM, Bahagian Kejururawatan?

Borang permohonan (hard copy) untuk menduduki peperiksaan perlu di isi dan maklumat pelajar di masuk kedalam SPMJ sebelum dihantar ke Bahagian Kejururawatan dalam masa 2 bulan sebelum peperiksaan.

Bilakah masanya untuk kolej mendaftar pelajar yang akan menduduki peperiksaan di Sistem Pengurusan Maklumat Jururawat (SPMJ)?

Pendaftaran di SPMJ untuk pelajar yang akan menduduki peperiksaan perlu dilakukan 2 bulan sebelum tarikh peperiksaan melalui laman sesawang SPMJ iaitu www.spmj.moh.gov.my/kolej

Berapakah jumlah bayaran yuran peperiksaan LJM/LBM bagi syarat kemasukan dalam Bahagian Am Daftar?

Bayaran yuran peperiksaan LJM/LBM untuk Program Diploma dan Advanced Diploma in Midwifery ialah RM30 manakala Program Jururawat Masyarakat dan Penolong Jururawat adalah RM15.

Bilakah keputusan peperiksaan peringkat kolej perlu dihantar ke LJM /LBM?

Bahagian Kejururawatan.

Keputusan peperiksaan pelajar di peringkat kolej perlu dihantar ke LJM/LBM, Bahagian Kejururawatan sekurang-kurang satu (1) bulan sebelum tarikh peperiksaan LJM   (Sila lihat Takwim Peperiksaan).

Bilakah keputusan peperiksaan LJM/LBM boleh di akses oleh pihak kolej?

Keputusan peperiksaan LJM/LBM boleh di akses  secara on-line selepas pengesahan keputusan disahkan oleh Pendaftar Lembaga Jururawat Malaysia, dalam masa 7 hari bekerja selepas penerimaan dengan lengkap, semua kertas jawapan peperiksaan dari  kolej kejururawatan.

Bagaimanakah cara anda mengemaskini rekod maklumat pelatih dalam SPMJ?

Kemaskini maklumat pelatih dalam menu ‘pinda/semak’ rekod pelatih ialah dengan mengklik butang pilih (sebelah kiri nama pelatih) dan seterusnya memastikan maklumat mandatori (bertanda **) disikan dengan lengkap dan betul.

Apakah yang dimaksudkan dengan markah berterusan?

Markah berterusan (cumulative marks) ialah markah keputusan akhir peringkat kolej bagi Kolej IPTA / IPTS yang berbentuk CGPA, manakala untuk calon dari Kolej KKM ialah Lulus / Gagal.

Bagaimanakah anda membuat ‘SARINGAN’ peringkat dalam SPMJ?

Sila pastikan maklumat calon telah dikemaskini terlebih dahulu dalam “pinda / semak rekod pelatih’ sebelum melakukan peringkat ‘SARINGAN’

Pilih menu ‘saring pelatih untuk peperiksaan’ dalam SPMJ.

Sila klik pada kotak disebelah kiri nama pelatih bagi memilih pelatih yang akan menduduki peperiksaan LJM / LBM pada sesi peperiksaan yang ditetapkan.

Bilakah peringkat ‘SARINGAN PELATIH UNTUK PEPERIKSAAN’ perlu dilakukan?

Peringkat ‘SARINGAN PELATIH’ mesti dilakukan dalam tempoh dua bulan dan sebelum tarikh peperiksaan diadakan dan tertakluk pada arahan terkini yang akan dipaparkan dalam bulletin SPMJ.

Unit Amalan Swasta & Fasiliti

Berapakah yuran yang perlu dibayar oleh institusi atas penggunaan fasiliti KKM setahun?

Sila rujuk Garispanduan Penggunaan Fasiliti KKM Tahun 2014

Apakah prosedur untuk memohon penempatan klinikal di fasiliti KKM?

Sila rujuk Garispanduan Penggunaan Fasiliti KKM Tahun 2014

Kepada siapa pembayaran perlu dibuat dan bila?

Pembayaran hendaklah dibuat atas nama:

Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia” dan dihantar ke:

Aras 7, Blok E1, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 Wilayah Persekutuan Putrajaya

Semua pembayaran MESTI dibuat sebelum 31 Mei setiap tahun.

Adakah Klinikal Instruktor mesti mempunyai permit mengajar?

Ya. Ini tertakluk dalam Akta Institusi Swasta (Akta 555) di mana semua klinikal instruktor dan pengajar kejururawatan mesti mempunyai permit mengajar yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Sebagai CI, perlukan saya mempunyai “teaching methology” sebelum memohon permit mengajar?

Tidak perlu.

Unit Pendaftaran & APC

Bagaimana untuk memohon pengekalan nama?

Borang didapati di laman web nursing portal nursing.moh.gov.my > klik download > cari borang yang terlibat.

Berapa lama proses setiap permohonan?

Bagi permohonan lengkap surat pengekalan nama akan dikeluarkan dalam masa 2 minggu dari tarikh terima resit pembayaran.

Saya telah mempunyai pengekalan nama pada tahun ini kemudian saya telah ditawarkan pekerjaan sebagai Jururawat . perlukah saya memohon APC?

APC perlu dibuat kerana apabila anda bekerja secara automatik pengekalan nama anda akan terbatal.

Saya hendak melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah, pihak university memerlukan transkrip latihan. Dimana saya boleh dapat transkrip ini?

Transkrip latihan hanya boleh diperolehi di Kolej masing-masing. Pihak LJM hanya membuat pengesahan transkrip sahaja.

Bolehkah pihak LJM mengeluarkan sijil pendaftaran dalam Bahasa Inggeris?

Sijil ini boleh dialih Bahasa di mana-mana pesuruhjaya sumpah.

Saya ditawarkan bekerja di luar Negara, lembaga jururawat mereka memerlukan pengesahan pendaftaran dari LJM?

Sila lengkapkan borang permohonan dan bayaran seperti yang dinyatakan dalam borang permohonan , pihak LJM akan menghantar surat pengesahan pendaftaran terus kepada mana-mana lembaga Jururawat yang terlibat.

Bagaimana sekiranya sijil pendaftaran dan lencana hilang?

Anda perlu buat surat rasmi memaklumkan kehilangan kepada LJM dan sertakan

  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan sijil jika ada . jika tidak nyatakan tempat latihan dan tahun latihan
  • Pembayaran iaitu Wang pos RM15.00 bagi setiap satu sijil dan RM 5.00 bagi lencana.
Unit TPC

Adakah mana-mana negara boleh berkhidmat di Malaysia?

Semua negara dialu-alukan berkerja di Malaysia kecuali negara Israel.

Adakah semua kategori jururawat boleh berkhidmat di Malaysia?

Hanya jururawat terlatih dan mempunyai bidang pengkhususan kejururawatan (Pos basik) warganegara asing yang berdaftar dengan Lembaga/Majlis negara asal kecuali Pos basik Kebidanan dan Komuniti Kesihatan.

Apakah kreteria JTWA untuk memohon berkhidmat di Malaysia?

Sila rujuk di web site http://nursing.moh.gov. . (klik download dan menu TPC)

Berapakah bayaran fi proses untuk memohon kelulusan TPC?

Wang Pos atau bank draf bernilai RM50.00 seorang dialamatkan kepada Setiausaha Lembaga Jururawat Malaysia.

Setelah mendapat TPC , berapa lama tempoh sahlaku TPC yang diberikan?

Tempoh sahlaku TPC untuk 1 tahun sahaja dan pihak majikan perlu memperbaharui 2 bulan sebelum tempoh tamat TPC dan bayaran RM70.00 berbentuk wang pos atau bank draf bernilai RM70.00 seorang dialamatkan kepada Setiausaha Lembaga Jururawat Malaysia. TPC halnya sah untuk satu majikan sahaja.

Unit Penyelidikan & Kualiti

Apa yang boleh saya adu kepada Bahagian Kejururawatan,IPKKM?

Semua aduan yang berkaitan dengan perkhidmatan kejururawatan dan “Code of Conduct”

Adakah sebarang bayaran dikenakan untuk membuat aduan?

Tiada.

Bolehkah saya membuat aduan bagi pihak orang lain?

Tidak digalakkan

Bolehkah saya mengemukakan aduan tanpa memberitahu maklumat peribadi?

Tidak digalakkan

Apakah jenis-jenis aduan yang dikemukakan?

Semua aduan yang berkaitan dengan perkhidmatan kejururawatan dan “Code of Conduct”

Bagaimana cara saya membuat aduan?

Telefon no :
03 – 8883 1322

Menulis Surat :
Unit Kualiti, Bahagian Kejururawatan
Aras 3, Blok E1,Kompleks E,Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 Putrajaya, Malaysia

Hadir sendiri ke :
Bahagian Kejururawatan
Aras 3, Blok E1,Kompleks E,Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 Putrajaya, Malaysia

Apakah tindakan yang akan diambil terhadap aduan saya?

Aduan akan disalurkan kepada Unit Koperasi Koporat (UKK), mengeluarkan no. kes dalam sistem. Surat akuan terima (SAT) kepada pengadu akan dikeluarkan dan siasatan akan dijalankan. Semua urusan surat menyurat berhubung dengan tindakan siasatan akan disalinkan kepada pengadu sebagai makluman.

Unit Amalan Kejururawatan ( Hospital Dan Kesihatan Awam)

Bagaimanakah cara memohon bagi mengikuti latihan kejururawatan di Kementerian Kesihatan Malaysia?

Permohonan untuk mengikuti latihan kejururawatan di Kementerian Kesihatan Malaysia adalah  melalui portal  Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. (SPA 8i).

Apakah tugas seorang jururawat?

Sila layari portal MOH (kerjaya) atau Portal Kejururawatan  Kementerian Kesihatan Malaysia.

Bagaimanakah cara mengikuti kursus pos basik di fasiliti kerajaan?

Borang permohonan untuk mengikuti kursus  pos basik mestilah dikemukakan kepada Ketua Penyelia Jururawat Daerah/Hospital/ Negeri/Institusi setelah kursus in diiklankan.

Bagaimanakah cara permohonan pertukaran/perpindahan dalam negeri?

Permohonan pertukaran/perpindahan dalam negeri perlu melalui Ketua Penyelia Jururawat Daerah/ Hospital/ Negeri / /Institusi.

Bagaimanakah permohonan pertukaran keluar dari negeri ke negeri lain?

Permohonan pertukaran keluar  dari negeri ke negeri lain mesti melalui Ketua Penyelia Jururawat Negeri / Hospita/Institusi

Bagaimana untuk mendapatkan statistik kejururawatan bagi tujuan penyelidikan?

Perlu mendaftar dengan National Medical Research Register (NMRR) dan memohon secara rasmi melalui NMRR ke Bahagian Kejururawatan.

Apakah cara kenaikan pangkat dalam kejururawatan?

Urusan kenaikan pangkat jururawat bagi gred hakiki U32 ke atas adalah melalui tawaran dari  Kementerian Kesihatan Malaysia mengikut kekosongan dan peruntukan perjawatan oleh Jabatan Perkhidmatan awam. Pemilihanan bagi mereka yang layak dan memenuhi syarat yang ditetapkan akan dibuat oleh Lembaga Kenaikan Pangkat.

Copyright © 2015 - Nursing Division, Ministry of Health | Blok E1, Kompleks E, Pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590 Putrajaya, Malaysia - Enfold WordPress Theme by Kriesi