EKSA

EKSA

Pengenalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) KKM adalah usaha memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif daalam kalangan zon-zon di IPKKM melalui penyediaan persekitaran, budaya kerja serta nilai yang menjadi amalan seluruh warga KKM

Secara khususnya, EKSA ini dilaksanakan bertujuan seperti berikut:

  1. Memperluaskan pelaksanaan di KKM bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif.
  2. Meningkatkan imej korporat.
  3. Menyemarakan aktiviti kreativiti dan inovasi.
  4. Menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Amalan Hijau.
  5. Memastikan elemen pengauditan memenuhi keperluan kepelbagaian zon-zon IPKKM.

EKSA juga memperkenalkan model penilaian dan pengauditan yang merangkumi Kriteria Generik dan Kriteria Khusus dengan turut mengambil kira kepelbagaian zon-zon IPKKM mengikut jenis-jenis perkhidmatan yang diberikan.

Kesimpulannya, EKSA yang diperkenalkan ini bukan bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang telah sedia ada diamalkan, sebaliknya menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada perwujudan kerja yang kondusif.

Copyright © 2015 - Nursing Division, Ministry of Health | Blok E1, Kompleks E, Pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590 Putrajaya, Malaysia - Enfold WordPress Theme by Kriesi