Message from Director of Nursing

PERUTUSAN DARIPADA PENGARAH BAHAGIAN KEJURURAWATAN KKM

Assalamualaikum W.B.T

Salam Sejahtera dan Salam Sehati Sejiwa.

Selamat datang ke Portal Rasmi Kejururawatan Bahagian Kejururawatan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Menyedari ekspektasi pelanggan sentiasa berkehendakkan penyampaian perkhidmatan yang efisien, cepat, mudah dicapai pada bila-bila masa dan di mana juga, Bahagian Kejururawatan telah menggunakan kemudahan ICT melalui Portal Rasmi Kejururawatan bagi menyampaikan maklumat berkaitan perkhidmatan kejururawatan dengan lebih mudah dan efisyen.

Adalah menjadi harapan kami agar portal ini menjadi salah satu media komunikasi kejururawatan untuk penyampaian maklumat penting seterusnya dapat menjadi pusat rujukan dan wadah penyebaran maklumat Regulatori & Amalan Kejururawatan di kalangan jururawat dari  dalam dan luar negara. Sebarang bentuk pandangan dan cadangan yang membina daripada pengunjung portal ini amatlah dialu-alukan bagi membolehkan Bahagian ini mengambil langkah-langkah memperbaiki dan memperkemaskan Portal Rasmi Kejururawatan ini.

Akhir kata, jutaan terima kasih saya ucapkan kepada para pengunjung dan selamat melayari Portal Rasmi Bahagian Kejururawatan.

Sekian, terima kasih.

HJH. TUMBLE BT. NGADIRAN@TOMBLOW

Pengarah Kejururawatan
Bahagian Kejururawatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia

Tel:     03-8883 3600
Faks: 03-8883  3466
E-mel: tomblow@moh.gov.my

Copyright © 2015 - Nursing Division, Ministry of Health | Blok E1, Kompleks E, Pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590 Putrajaya, Malaysia - Enfold WordPress Theme by Kriesi